Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

12 Ogos 2018

1:19:05 PTG
905153

Iran: Eropah Tidak Akan Tunduk Kepada A.S

Jerman menyelar dasar sekatan dan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dilihat bakal menghapuskan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jerman menyelar dasar sekatan dan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dilihat bakal menghapuskan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Menteri Ekonomi Jerman, Peter Almaier turut menegaskan, Eropah tidak akan tunduk kepada tekanan AS berhubung sekatan terhadap Iran.

"Perang perdagangan ini memperlahankan dan memusnahkan pertumbuhan ekonomi malah mewujudkan ketidaktentuan yang baharu," katanya kepada akhbar Bild am Sonntag.

Beliau menambah, pengguna akan menderita akibat keadaan itu kerana tarif yang tinggi akan meningkatkan harga barangan. - Reuters