Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

14 Ogos 2018

6:03:42 PTG
905458

Turki Boikot Produk Elektronik A.S

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa Turki akan memboikot produk elektronik dari Amerika Syarikat (A.S) sebagai tindak balas terhadap sekatan dan kenaikan tarif yang dikenakan Washington ke atas Ankara berikutan penahanan seorang paderi A.S yang dikaitkan dengan percubaan rampasan kuasa tentera yang lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa Turki akan memboikot produk elektronik dari Amerika Syarikat (A.S) sebagai tindak balas terhadap sekatan dan kenaikan tarif yang dikenakan Washington ke atas Ankara berikutan penahanan seorang paderi A.S yang dikaitkan dengan percubaan rampasan kuasa tentera yang lepas.

Erdogan berkata, Turki telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengukuhkan ekonominya berikutan kejatuhan mata wang lira yang diburukkan lagi oleh perselisihan mereka dengan Washington.

Selepas beberapa hari mengalami penyusutan, lira akhirnya kembali menganjal. Mata wang itu pada hari ini telah meningkat sebanyak 8% berbanding setiap dolar A.S (iaitu 6.3 lira bagi setiap 1 USD).

“Penting untuk mengekalkan pendirian politik yang kukuh. Beralih kepada mata wang asing bermakna memberi kepada musuh,” katanya.

Para penganalisis berkata bahawa Turki perlu mengambil langkah tegas untuk mencegah kejatuhan lebih lanjut. Antara langkah yang disarankan ialah meningkatkan kadar faedah pinjaman, pemulihan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan lain-lain.

Gelombang dari krisis mata wang Turki turut mendorong Rupee India untuk mencatat rekod terendah pada pagi ini sekaligus memaksa bank pusat India untuk campur tangan dalam pasaran mata wang asing.-REUTERS/Guardian