Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

14 Ogos 2018

6:25:27 PTG
905461

Rempuh Parlimen Ada Kaitan Keganasan: Polis Britain

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan keganasan susulan insiden sebuah kereta dipandu merempuh halangan keselamatan di luar Parlimen negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan keganasan susulan insiden sebuah kereta dipandu merempuh halangan keselamatan di luar Parlimen negara itu.

Menurut polis, kejadian disiasat sebagai ada kaitan dengan keganasan dan pemandu terbabit, berusia lewat 20-an, berada dalam tahanan di sebuah balai polis selatan London.

“Dia ditahan kerana disyaki melakukan keganasan.

“Tiada orang lain berada dalam kenderaan terbabit yang masih berada di lokasi kejadian dan diperiksa. Tiada senjata ditemui,” kata Polis Metropolitan dalam satu kenyataan. - Reuters