Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

17 Ogos 2018

6:07:00 PG
905744

A.S Kesal Degan Tarif Turki Ke Atas Produk Mereka

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melahirkan kekecewaan mereka terhadap langkah Pentadbiran Presiden Erdogan untuk menaikkan tarif terhadap import ke atas produk A.S di sebalik kenyataan bahawa Ankara melaksanakan tindakan itu sebagai tindak balas kepada kenaikan tarif yang dikenakan oleh Washington sendiri ke atas produk Turki sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ankara menaikkan tarif ke atas produk buatan Amerika Syarikat selepas mendakwa bahawa Washington telah melancarkan serangan ke atas ekonomi dan mata wang mereka dengan menaikkan tarif ke atas besi dan aluminium Turki pada minggu lepas. 


Rumah Putih sebelum ini cuba menggambarkan tindakan mereka untuk menaikkan tarif ke atas beberapa import daripada pelbagai negara dibuat berasaskan kepentingan "keselamatan negara." 

"Tarif yang dikenakan oleh Turki amat dikesali dan merupakan sebuah langkah yang salah. Tarif yang dikenakan oleh A.S ke atas Turki pula dibuat berdasarkan keprihatinan terhadap keselamatan negara. Tindakan mereka dibuat berasaskan prinsip serangan balas," kata Jurucakap Rumah Putih, Sarah Huckabee di dalam komen yang aneh kepada para wartawan pada hari Rabu.

Presiden Trump pada 10 Ogos lepas telah mengarahkan kenaikan tarif dua kali ganda ke atas aluminum dan besi Turki.

Washington juga telah mengenakan beberapa sekatan ke atas sekutu mereka itu untuk menghukum mereka berikutan penahanan seorang Paderi A.S, Andrew Brunson oleh pihak berkuasa Turki di atas pertuduhan bahawa dia telah terlibat di dalam cubaan rampasan kuasa tentera di negara tersebut. Sekatan tersebut telah menyebabkan kejatuhan mendadak mata wang Lira Turki. 

Sebaagi tindak balas, Erdogan telah menaikkan tarif ke atas beberapa produk import A.S secara mendadak -sebahagiannya lebih daripada dua kali ganda- dan dalam masa yang sama menggesa warga Turki untuk memboikot produk elektronik A.S seperti Iphone.

/315