Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

19 Ogos 2018

11:47:46 PG
906044

Imam Hadiri Pengebumian Mangsa Jejambat Runtuh Di Genoa

Seorang imam dijemput menyertai majlis pengebumian mangsa insiden jejambat runtuh di bandar Genoa yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang termasuk dua pemuda Muslim berketurunan Albania yang tinggal dan bekerja di Itali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang imam dijemput menyertai majlis pengebumian mangsa insiden jejambat runtuh di bandar Genoa yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang termasuk dua pemuda Muslim berketurunan Albania yang tinggal dan bekerja di Itali.

Imam terbabit mengimamkan solat jenazah dengan takbir didengar empat kali sebelum memberi ucapan ringkas kepada ribuan hadirin dalam dewan yang menempatkan 19 keranda mangsa untuk upacara penghormatan terakhir sebelum disemadikan.

“Masyarakat Muslim di Genoa, Liguria dan seluruh Itali mendoakan kesejahteraan ke atas kamu semua. Genoa pasti mampu sembuh. Genoa kita dalam bahasa Arab bermaksud ‘yang indah’,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin di Gereja Angelo Bagnasco.

Kehadiran imam berkenaan dilihat sebagai sesuatu yang istimewa di negara yang kuat pegangan Katolik.

Majlis turut dihadiri Presiden Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giuseppe Conte.

Jumlah kematian dijangka meningkat apabila anggota penyelamat dilaporkan menemui lebih banyak mayat di dalam sebuah kereta sejurus sebelum majlis pengebumian berkenaan dimulakan.

Dalam insiden Selasa lalu, sebahagian jejambat Morandi runtuh dari ketinggian 80 meter ketika hujan lebat.- AFP