Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Isnin

27 Ogos 2018

2:30:41 PTG
907086

4 Maut Insiden Tembakan Rambang Di Miami

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk seorang suspek dalam kejadian tembakan rambang di pertandingan permainan video di Jacksonville, utara bandar Florida hari ini, kata polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk seorang suspek dalam kejadian tembakan rambang di pertandingan permainan video di Jacksonville, utara bandar Florida hari ini, kata polis.

Ketua Sheriff Jacksonville, Sheriff Mike Williams mengesahkan terdapat mangsa maut dan cedera dalam insiden tembakan ketika pertandingan permainan video Madden 19 American football eSport.

“Seorang suspek dikenal pasti dalam kes ini dan dia turut terbunuh di tempat kejadian,” katanya.

Williams menambah, insiden berlaku di dalam sebuah restoran di kompleks hiburan dan beli-belah The Landing.

Sementara itu, Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders mengesahkan Presiden Donald Trump sudah dimaklumkan mengenai insiden terbabit. - AFP