Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

27 Ogos 2018

2:37:25 PTG
907087

Perancis Gesa EU Tidak Bergantung Kepada A.S

Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan mengusulkan cadangan baharu untuk meningkatkan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sekali gus tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (A.S) dalam isu itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan mengusulkan cadangan baharu untuk meningkatkan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sekali gus tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (A.S) dalam isu itu.

Beliau berkata, negara Eropah tidak boleh lagi bergantung kepada A.S melindungi mereka.

``Terpulang kepada kita sendiri untuk memastikan jaminan keselamatan Eropah,’’ katanya semasa berucap bagi pelancaran semula agenda diplomatiknya.

Macron berkata, Perancis mahu melancarkan kajian menyeluruh tentang keselamatan bersama-sama negara Eropah lain termasuk Rusia. - AFP