Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

31 Ogos 2018

6:00:48 PTG
907590

EU Ikrar Pelihara JCPOA

Ketua Polisi Luar Negara Kesatuan Eropah, Federica Mogherini berkata bahawa blok 28 negara itu akan meneruskan usaha mereka untuk mempertahankan kelangsungan perjanjian nuklear Iran 2015 yang ditandatangani di antara Iran dan kumpulan P5 + 1 setelah Amerika Syarikat secara unilateral bertindak menarik diri daripada kesepakatan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Polisi Luar Negara Kesatuan Eropah, Federica Mogherini berkata bahawa blok 28 negara itu akan meneruskan usaha mereka untuk mempertahankan kelangsungan perjanjian nuklear Iran 2015 yang ditandatangani di antara Iran dan kumpulan P5 + 1 setelah Amerika Syarikat secara unilateral bertindak menarik diri daripada kesepakatan tersebut.

Mogherini membuat kenyataan tersebut ketika bercakap di dalam sidang akhbar yang berlangsung di Vienna pada hari Jumaat selepas mesyuarat tidak rasmi menteri hal ehwal luar negara dari negara-negara anggota Kesatuan Eropah (Gymnich).

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada bulan Mei lepas bertindak menamatkan komitmen Washington ke atas perjanjian nuklear Iran yang secara rasminya dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) sebelum mengenakan semula sekatan unilateral mereka terhadap Tehran.