Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

31 Ogos 2018

6:11:00 PTG
907594

Trump Ancam Keluar WTO

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), satu langkah yang dikhuatiri akan mencetuskan kekacauan dalam perdagangan global.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), satu langkah yang dikhuatiri akan mencetuskan kekacauan dalam perdagangan global.

Menerusi wawancara bersama Bloomberg, semalam, jutawan hartanah itu dalam satu kenyataan berbaur ugutan, 'Jika tiada sebarang perubahan, saya akan keluar daripada WTO'.

Trump yang merupakan pengkritik lantang agensi antarabangsa itu dilaporkan telah memaklumkan kepada penasihatnya tentang isu tersebut.

Beliau telah beberapa kali mendakwa AS diperlakukan secara tidak adil dalam perdagangan global dan turut mengecam WTO kerana membiarkan perkara seumpama itu berlaku.

Bulan lalu, Washington berada dalam situasi sangat teruk kerana diberi layanan buruk oleh WTO selama beberapa tahun dan ia digesa mengubah 'caranya' itu.

Beliau turut mengancam untuk mengambil tindakan ke atas badan berpusat di Geneva tersebut, namun tidak menyatakan langkah yang bakal diambil.

Difahamkan, langkah itu akan memberi kesan kepada legitimasi WTO, menghapuskan ekonomi terbesar dan menyebabkan negara berhenti mematuhi sistem perdagangan yang dibuat masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, Trump menarik diri daripada rundingan Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPP) tidak lama selepas beliau mengambil alih jawatan di Rumah Putih dan memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara dengan Mexico.

Tarif import ke atas besi dan keluli yang diumumkan AS pada Mac lalu juga telah mencetuskan kritikan di seluruh dunia yang mana beberapa negara telah bertindak balas mengenakan cukai sama. - Press TV