Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China memperuntukkan AS$60 bilion (RM246.5 bilion) bagi membiayai pembangunan Afrika dalam tempoh tiga tahun `tanpa sebarang syarat politik’.
Presiden Xi Jinping berkata, peruntukan berkenaan adalah kerjasama Afrika-China yang perlu dibelanjakan terhadap projek pembangunan penting, bukan projek yang sia-sia.
Antara bidang yang terlibat melalui peruntukan itu ialah promosi industri, pembinaan infrastruktur dan biasiswa untuk golongan belia Afrika.
Sementara itu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menepis kritikan bahawa peruntukan dari China itu adalah `penjajahan baharu’.
"Kami menyangkal pandangan bahawa penjajahan baharu kini menguasai Afrika,’’ katanya semasa Forum Kerjasama China- Afrika di sini. - AFP
3 September 2018 - 14:44
News ID: 907914

China memperuntukkan AS$60 bilion (RM246.5 bilion) bagi membiayai pembangunan Afrika dalam tempoh tiga tahun `tanpa sebarang syarat politik’.