Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

5 September 2018

9:37:36 PG
908136

A.S Dibadai Ribut Tropika Gordon

Ribut tropika Gordon mula membadai barat sempadan Alabama-Mississippi semalam, kata Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribut tropika Gordon mula membadai barat sempadan Alabama-Mississippi semalam, kata Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC).

Menurut ahli kaji cuaca yang berpangkalan di Miami, ribut Gordon dikesan kira-kira 55 kilometer di selatan-barat daya Mobile, Alabama membawa bersama angin dengan kekuatan maksimum 110 kilometer sejam.

“Ia dijangka akan melemah dengan pantas selepas bergerak ke pedalaman,” tambah NHC.

Ribut itu mengakibatkan operasi di sebahagian loji tenaga di Teluk AS tergendala, dengan beberapa syarikat memindahkan 54 platform luar pesisir dan menghentikan pengeluaran 156,907 tong minyak sehari dan 6.5 juta kubik meter gas asli sehari. - Reuters