Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

19 September 2018

2:16:17 PTG
909762

Turki Mudahkan Warga Asing Dapat Hak Kerakyatan

Warga asing di Turki kini lebih mudah untuk menjadi rakyat negara ini selepas kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hari ini mengurangkan kriteria pelaburan dan kewangan yang diperlukan untuk menjadi warganegara Turki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Warga asing di Turki kini lebih mudah untuk menjadi rakyat negara ini selepas kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hari ini mengurangkan kriteria pelaburan dan kewangan yang diperlukan untuk menjadi warganegara Turki.

Warga asing kini hanya memerlukan deposit AS$500,000 (RM2.06 juta) dalam bank-bank Turki berbanding AS$3 juta (RM12.4 juta) sebelum ini manakala pelaburan kewangan tetap dikurangkan dari AS$2 juta (RM8.3 juta) kepada AS$500,000.

Sementara itu, individu boleh memperoleh hak kerakyatan jika mempunyai seramai 50 kakitangan, kurang daripada 100 orang sebelum ini.

Mereka yang mempunyai hartanah bernilai AS$250,000 (RM1.03 juta) boleh menjadi warganegara Turki berbanding sebelum ini yang memerlukan seseorang memiliki hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.1 juta).

Dekri yang diumumkan Erdogan itu adalah beberapa siri dekri yang dilancarkannya untuk meningkatkan nilai matawang lira ekoran kelembapan ekonomi sejak kebelakangan ini. - AFP