Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

21 September 2018

4:07:47 PTG
910002

Kementerian Luar Rusia menggesa Israel untuk memberikan penjelasan lanjut tentang kemalangan maut pesawat tentera miliknya yang ditembak jatuh di wilayah Latakia di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Rusia menggesa Israel untuk memberikan penjelasan lanjut tentang kemalangan maut pesawat tentera miliknya yang ditembak jatuh di wilayah Latakia di Syria.

Kremlin berkata bahawa pakar Rusia mengesahkan tindakan tidak profesional juruterbang Israel menjadi punca pesawat yang membawa 15 krew dan anak kapal itu ditembak jatuh.

Semalam, delegasi Israel diketuai komander tentera udara Amikam Norkin terbang ke Moscow dengan membawa maklumat mengenai kemalangan itu.

Bagaimanapun, penerangan delegasi itu gagal untuk meyakinkan kerajaan Rusia.

Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini berkata, pesawat peninjau Il-20 ditembak jatuh meriam antipesawat Syria, dalam kejadian yang tidak disengajakan.

Namun kementerian berkata, ia menuduh Israel bertanggungjawab kerana pada masa itu, jet pejuang Israel meningkatkan serangan udara ke atas sasaran Syria dan cuma memberikan amaran kepada Moscow seminit sebelum kejadian, tidak cukup untuk pesawat Russia terbang ke tempat selamat.

Kremlin menyifatkan tindakan tentera Israel itu sebagai permusuhan dan tindakan provokasi. - Press TV