Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

9 Oktober 2018

12:54:05 PTG
912129

Lagi Foto, Video Palsu Cetus Panik

Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB) menggesa masyarakat supaya tidak percaya dengan gambar dan video palsu yang tersebar secara meluas selepas gempa 5.2 skala Richter menggegar Palu dan gegaran 4.8 magnitud di Bulukumba, Sulawesi Selatan, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB) menggesa masyarakat supaya tidak percaya dengan gambar dan video palsu yang tersebar secara meluas selepas gempa 5.2 skala Richter menggegar Palu dan gegaran 4.8 magnitud di Bulukumba, Sulawesi Selatan, semalam.

Menerusi foto dan video tersebut yang menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan jalan terbelah, rumah musnah dan masyarakat panik selepas kejadian gempa tersebut.

Difahamkan, rakaman gempa dahsyat itu adalah ketika gegaran 7.4 magnitud yang menggegar Donggala, Sulawesi Tengah pada 28 September lalu.

Menurut jurucakapnya, Sutopo Purwo Nugroho, gegaran sederhana di kedua-dua kawasan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemusnahan besar dan kematian.

"Kami meminta masyarakat supaya bertenang. Jika gegaran kecil, ia tidak mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Hampir setiap hari berlaku gempa di Indonesia. Diangggarkan, kira-kira 5,000 hingga 6,000 kali gempa berlaku di negara ini dalam tempoh setahun.

"Jadi, jangan terlalu takut dan berfikir negatif apabila mendengar tentang maklumat berlaku gempa. BNPB dan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geologi (BMKG) pasti akan menyampaikan info yang tepat kepada masyarakat," jelasnya.

Sehingga berita ini diterbitkan, Sutopo menjelaskan mereka belum menerima laporan tentang kematian atau kemusnahan akibat gempa tersebut. - TribunJakarta.com