Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

10 Oktober 2018

4:41:46 PTG
912299

Rohingya: Myanmar 'Enggan' Bertindak

Myanmar didakwa ‘ti­dak berupaya dan tidak bersedia’ untuk menyiasat tindakan kekerasan pasukan tenteranya terhadap etnik Rohingya, menyebabkan banyak pihak mengesa supaya pemimpin tentera negara ini dihadapkan di mahkamah an­tarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Myanmar didakwa ‘ti­dak berupaya dan tidak bersedia’ untuk menyiasat tindakan kekerasan pasukan tenteranya terhadap etnik Rohingya, menyebabkan banyak pihak mengesa supaya pemimpin tentera negara ini dihadapkan di mahkamah an­tarabangsa.

Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myan­mar, Yanghee Lee yang dilarang memasuki negara ini sejak Disember lalu berkata, tindakan yang diambil Yangon untuk me­lakukan siasatan terhadap konflik itu terlalu sikit dan tidak mencukupi.

Beliau dalam laporan beliau berkata: “Myanmar tidak ber­upaya dan bersedia melakukan sebarang siasatan dan juga pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

“Oleh sebab Myanmar enggan bertindak, segala-galanya bergantung kepada mahkamah antarabangsa untuk mengadi­linya.

“Sebarang penangguhan da­lam memberikan keadilan akan menyebabkan berlaku lebih banyak pelanggaran hak penduduk Rohingya,” kata beliau.

Lee mencadangkan PBB patut merujuk keadaan yang berlaku di Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa secepat mungkin.

Bahagian utara negeri Ra­khine telah tidak boleh diakses sepenuhnya sejak keganasan meletus pada Ogos tahun lalu dengan petugas media dan kumpulan pemantau hanya dibenarkan untuk melakukan lawatan pendek dan perlu diawasi.

Selain itu, Lee juga telah meminta kebenaran India untuk bertemu dengan pelarian Ro­hingya di negara itu tetapi tidak diberikan sebarang maklum balas.

Laporan PBB sebelum ini mendesak supaya barisan kepemimpinan tertinggi di negara ini disiasat kerana didakwa melakukan penghapusan etnik, jenayah kemanusiaan dan perang sehingga menyebabkan lebih 720,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke beberapa negara jiran termasuk Bangladesh. – AFP