Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

17 Oktober 2018

6:06:02 PTG
913247

A.S Perlukan Arab Saudi

Presiden Donald Trump semalam berkata, beliau tidak mahu meninggalkan Arab Saudi berhubung kehilangan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi kerana Amerika Syarikat (AS) bergantung kepada negara itu dalam perang menentang pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump semalam berkata, beliau tidak mahu meninggalkan Arab Saudi berhubung kehilangan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi kerana Amerika Syarikat (AS) bergantung kepada negara itu dalam perang menentang pengganas.

“Saya berharap kita di pihak yang lebih baik. Kamu tahu kita perlu Arab Saudi untuk memerangi pengganas, semua yang berlaku di Iran dan tempat lain,” katanya dalam wawancara dengan Fox Business.

“Saya tidak pasti dan jujurnya mereka mempunyai tempahan besar AS$110 bilion (RM457.41 bilion),” kata Trump ketika ditanya sama ada AS akan meninggalkan Arab Saudi.

Jumlah wang itu merujuk kepada jumlah pembelian senjata yang dijanjikan Arab Saudi kepada AS. - AFP