Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

19 Oktober 2018

4:08:19 PTG
913467

Tentera Laut AS Rancang Beli 301 Kapal Dalam 30 Tahun

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membeli 245 kapal tempur dan 56 kapal sokongan antara tahun ini dan 2048, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan dikeluarkan oleh Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) AS semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membeli 245 kapal tempur dan 56 kapal sokongan antara tahun ini dan 2048, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan dikeluarkan oleh Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) AS semalam.

CBO menganggarkan pembelian kapal dan kos penyelenggaraan secara puratanya berjumlah AS$28.9 bilion (RM120 bilion) setahun.

Laporan berkenaan turut mendedahkan di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, Tentera Laut merancang untuk mengembangkan kekuatan kapalnya dengan membeli 47 lagi kapal dalam tempoh 30 tahun, berbanding pelan fiskal yang digubal di bawah bekas Presiden, Barack Obama pada tahun lalu. - BERNAMA