Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

20 Oktober 2018

4:08:29 PTG
913600

A.S Kecilkan Misi Diplomatik Palestin

Amerika Syarikat (AS) mengecil kepentingan misi diplomatiknya dengan Palestin apabila meletakkan urusan berkenaan di bawah bidang kuasa kedutaan AS di Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) mengecil kepentingan misi diplomatiknya dengan Palestin apabila meletakkan urusan berkenaan di bawah bidang kuasa kedutaan AS di Israel.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, konsulat jeneral yang selama ini berurusan dengan Palestin akan digantikan de­ngan unit baharu iaitu Unit Hal Ehwal Palestin yang beroperasi di dalam kedutaan baharu AS di Baitulmuqaddis.

Langkah itu akan menjadikan Duta AS ke Israel, David Friedman yang sebelum ini dikritik Palestin kerana menyokong penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sebagai jurucakap utama mewakili Washington dalam perbinca­ngan dengan pemimpin Pa­lestin.

Perubahan itu bingkas dikecam penduduk Palestin berikutan beberapa siri langkah mengecewakan dibuat Presiden Donald Trump yang memihak dasar dibuat negara itu kepada Israel.

Peguam pro-Israel memuji keputusan itu dengan menyifatkan ia mengesahkan lagi AS mengiktiraf keseluruhan Baitulmuqaddis sebagai sebahagian Israel.

“Keputusan ini didorong oleh usaha global untuk me­ningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi kami. Namun, ia tidak memberi isyarat kepada perubahan dalam dasar Amerika,” kata Pompeo dalam satu ken­yataan.

Katanya, Amerika akan meneruskan langkah tidak mengambil sebarang kedudukan tentang bagaimana sebarang perjanjian damai antara Israel dan Palestin dibuat.

Pemimpin Palestin bagai­ma­napun menolak penjelasan tentang maksud keberkesanan dibuat Pompeo.

Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, keputusan itu banyak dilakukan de­ngan menyenangkan pasukan ideologi Amerika yang sanggup membubarkan asas dasar luar Amerika dan sistem antarabangsa bagi memberi ganjaran kepada pelanggaran dan jenayah Israel.

“Pentadbiran Trump adalah sebahagian daripada masalah, bukan sebahagian daripada penyelesaian,” katanya. – REUTERS