Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

27 Oktober 2018

4:22:01 PTG
914468

Hina Rasulullah Bukan Hak Kebebasan Bersuara

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Ia juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah melangkaui had kebebasan berucap.

ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad SAW fidofilia.

Wanita berusia lewat 40-an hanya dikenali sebagai ES itu membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada 2009 bahawa perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aishah sebagai perbuatan fidofilia.

Susulan itu, mahkamah di Vienna mendapatinya bersalah pada 2011 atas tuduhan menghina doktrin keagamaan dan mengarahkannya membayar denda 480 euro (RM2,300) selain kos.

Keputusan itu disahkan mahkamah rayuan di Austria menyebabkan ES mengemukakan rayuan di ECHR. - Agensi