Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

31 Oktober 2018

4:23:24 PTG
914910

Washington, Pentagon Sekat Migran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk membina ‘bandar khemah’ bagi ribuan pendatang Amerika Tengah yang sedang menuju ke negara ini dari Mexico.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk membina ‘bandar khemah’ bagi ribuan pendatang Amerika Tengah yang sedang menuju ke negara ini dari Mexico.

Pengumuman itu hadir ketika Pentagon turut mengumumkan 5,200 tentera telah dikerahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan selepas retorik anti pendatang yang dicetuskan oleh Trump sejak beberapa minggu lalu, menjelang pilihan raya pertengahan penggal Kongres minggu depan.

“Sekiranya mereka memohon suaka, kami akan menahan mereka sehingga tempoh tertentu. Kami akan menahan mereka dan membina khemah-khemah di seluruh tempat.

“Kami tidak akan membina kemudahan dan membazirkan ratusan juta dolar. Kami akan membina khemah, mereka perlu bersikap baik serta harus menunggu dan sekiranya mereka tidak mendapat suaka, mereka diarahkan keluar,” jelas Trump ketika ditemu bual bersama Fox News.

Tambah Trump, pencari suaka akan kekal dalam tahanan ketika tuntutan mereka sedang diproses.

“Jika mahu menunggu, mereka selalunya tidak akan mendapat suaka. Mereka tahu tentang itu. Masalahnya sekarang ini ialah mereka membenarkan pendatang masuk dan perlu menjalani ujian,” katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, Trump berkempen secara intensif dan mengutuk isu karavan pendatang dan mencetuskan kebimbangan anti pendatang dalam kalangan para pengundi.

Trump dijangka mengha­diri 11 perhimpunan menjelang pilihan raya pada 6 November ini. – AFP