Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

1 November 2018

3:58:00 PTG
915011

2 Wanita Islam Sertai Kongres

Pengundi Amerika Syarikat (AS) kini bersedia untuk memilih dua wanita Islam ke Kongres menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada minggu depan, sekali gus mencatat sejarah sebagai golongan wa­nita Islam pertama berkhidmat dalam Kongres.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengundi Amerika Syarikat (AS) kini bersedia untuk memilih dua wanita Islam ke Kongres menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada minggu depan, sekali gus mencatat sejarah sebagai golongan wa­nita Islam pertama berkhidmat dalam Kongres.

Ilhan Omar, pelarian Somalia diyakini terpilih menjadi anggota Dewan Perwakilan AS sebagai calon parti Demokrat dari Minnesota.

Seorang lagi, Ra­shida Talib, petugas sosial berketurunan Palestin dan dilahirkan di Detroit dijangka memenangi kerusi dewan berkenaan tanpa sebarang tentangan.

Kedua-duanya dilantik ketika sentimen dan retorik antipelarian serta anti-Islam di negara ini memuncak.

Penyertaan kedua-dua wanita itu dalam Kongres menjadikan jumlah penduduk Islam dalam Kongres kepada tiga orang termasuk ahli Kongres, Andre Carson, berketurunan Afrika-Amerika.

Andre yang mewakili Demokrat dijangka mempartahankan keru­sinya di Indiana.

Pilihan raya tersebut dijangka menjadi peristiwa penting yang memperlihatkan pertentangan terhadap peningkatan sentimen anti-Islam di seluruh negara.

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) melaporkan jenayah kebencian dan anti-Islam di negara itu meningkat se­banyak 21 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ilhan dan Rashida telah menempatkan diri dalam lingkungan pertentangan terhadap retorik Presiden Donald Trump dan parti Republikan.

Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada se­jarah pelbagai calon berdasarkan kaum, jantina dan seksualiti dalam memberi ca­baran terhadap anggota Republikan. – AFP