Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

7 November 2018

3:31:13 PTG
915682

Dua Wanita Islam Dipilih Ke Kongres

Dua wanita Islam, kedua-duanya dari parti Demokrat telah dipilih oleh para pengundi Amerika Syarikat (AS) ke Kongres menjadikan mereka sebagai wanita Islam pertama dipilih ke Kongres AS.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua wanita Islam, kedua-duanya dari parti Demokrat telah dipilih oleh para pengundi Amerika Syarikat (AS) ke Kongres menjadikan mereka sebagai wanita Islam pertama dipilih ke Kongres AS.

Malah pemilihan mereka itu juga berlaku ketika retorik anti-Islam dikatakan semakin meningkat di AS.

Ilham Omar, pelarian dari Somalia telah memenangi kerusi Kongres di kawasan yang menjadi kubu kuat Demokrat iaitu Minnesota yang mana dia menggantikan Keith Ellison, yang merupakan orang Islam pertama dipilih ke Kongres.

Roshida Tlaib pula, yang merupakan pekerja sosial dilahirkan di Detroit daripada keluarga pelarian Palestin menang tanpa bertanding ke atas calon Republikan.

Kemenangan kedua-dua calon itu menambahkan jumlah wakil Islam di Kongres kepada tiga.

Ahli Kongres Islam, Andre Carson turut dipilih semula bagi negeri Indiana yang juga merupakan kubu kuat Demokrat.

Pemilihan Kongres dI Amerika Syarikat kali ini berlangsung dalam suasana sentimen anti-Islam meningkat di seluruh negara.

Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) melaporkan, berlaku peningkatkan sebanyak 21 peratus terhadap jenayah kebencian terhadap Islam untuk enam bulan pertama 2018. - AFP