Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Khamis

8 November 2018

5:56:29 PTG
915834

78 Pelajar Diculik Gerakan Pemisah Cameroon Kini Bebas

Seramai 78 pelajar sebuah sekolah berasrama yang dibebaskan pada Rabu selepas diculik, kini kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 78 pelajar sebuah sekolah berasrama yang dibebaskan pada Rabu selepas diculik, kini kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Mereka bersama seorang pemandu bas sekolah, pengetua dan guru diculik pada Isnin di wilayah Bamenda.

Turut dibebaskan pemandu bas sekolah tetapi pengetua dan guru masih ditahan.

Seorang mangsa perempuan berusia 15 tahun, memberitahu media mereka dilayan dengan baik oleh penculik.

Katanya, berdasarkan perbualan penculik, mereka mungkin adalah dari gerakan pemisah, yang menuntut Ambazonia menjadi sebuah negara bebas.

Namun, militia pemisah Anglophone, Suruhanjaya Dasar Antarabangsa Ambazonia (AIPC) menafikan kumpulan itu dalang di sebalik insiden penculikan itu.

Gerakan pemisah melancarkan pemberontakan tahun lalu menuntut kemerdekaan bagi wilayah barat laut dan barat daya.

“Mangsa dibebaskan secara aman dan dibawa masuk ke dalam sebuah gereja oleh lelaki bersenjata tidak dikenali,” kata Moderator Gereja Presbyterian Cameroon, Rev Fonki Samuel.

Beliau berkata, insiden penculikan itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Sebelum ini, pada 31 Oktober lepas, 11 remaja dilarikan kemudian dibebaskan selepas pihak gereja membayar wang tebusan sebanyak $4,000.

Pihak berkuasa Cameroon menuduh militia pemisah Anglophone bertanggungjawab yang menuntut sekolah berbahasa Inggeris ditutup.