Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

10 November 2018

5:46:14 PTG
916068

'Tak Lalu Makan, Tak Dapat Tidur Lena'

Keputusan untuk menghantar pulang pelarian Rohingya bukan satu khabar gembira buat golongan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Keputusan untuk menghantar pulang pelarian Rohingya bukan satu khabar gembira buat golongan itu.

"Kini, saya tidak lagi dapat tidur lena kerana bimbang dihantar pulang secara paksa. Sejak mengetahui nama saya dalam senarai itu, saya juga sudah tidak lalu makan," kata Nurul Amin, 35, yang tinggal di kem sesak Jamtoli di tenggara Bangladesh bersama isteri dan empat anak perempuannya.

Bagaimanapun, lebih 20 daripada kira-kira 2,000 pelarian Bangladesh yang berada dalam senarai itu secara sukarela mahu dihantar pulang ke Myanmar.

Menurut pegawai di kem terbabit, senarai nama itu tidak didedahkan kepada umum malah tidak semua individu yang tersenarai dimaklumkan tentang perkara tersebut kerana bimbang akan mencetuskan panik walaupun perjanjian tersebut menetapkan tidak ada sesiapa akan dipaksa pulang tanpa kerelaan mereka.

"Kerajaan Bangladesh ada bertemu dengan mereka untuk memberi motivasi kepada golongan itu," kata pegawai di Kementerian Luar Bangladesh.

Sementara itu, seorang lagi pegawai di kementerian itu memaklumkan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) akan mengesahkan sama ada mereka yang tersenarai bersedia pulang secara sukarela.

Difahamkan, proses penghantaran pulang itu akan dimulakan dalam tempoh beberapa hari lagi walaupun penyiasat hak asasi manusia PBB mendesak Bangladesh membatalkan rancangan tersebut kerana bimbang dengan keselamatan pelarian Rohingya yang masih terdedah bahaya di Rakhine. - Reuters