Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Ahad

11 November 2018

4:26:04 PTG
916175

Brazil Batal Hasrat Pindah Kedutaan Di Israel Ke Baitulmaqdis

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bercadang membatalkan hasrat negara itu memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv di Israel ke Baitulmaqdis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bercadang membatalkan hasrat negara itu memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv di Israel ke Baitulmaqdis.

Minggu lalu, Bolsonaro mengulangi ikrarnya untuk mengikuti jejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaannya.

Namun, pada Selasa, presiden Brazil itu mengatakan perkara itu belum diputuskan lagi.

Beliau berkata demikian dalam lawatan sulungnya ke Brasilia sejak memenangi pilihan raya presiden pada 28 Oktober lalu, dengan mengalahkan calon sayap kiri, Fernando Haddad.

“Ia satu tindakan tidak matang bagi sebuah negara mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara yang belum diputuskan,” kata Balsonaro.

Pengumuman Bolsonaro mengenai pemindahan kedutaan itu, membangkitkan kemarahan dunia Arab sebelum ini dan ia disifatkan boleh membawa risiko kepada Brazil yang merupakan pengeksport utama daging halal kepada negara Arab.

Disember tahun lalu, Trump mengumumkan pemindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan menerima kecaman masyarakat antarabangsa.