Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

15 November 2018

8:14:20 PTG
916733

A.S Sekat 17 Warga Arab

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 warga Arab Saudi yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan kejam wartawan, Jamal Khashoggi, termasuk pembantu kanan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 warga Arab Saudi yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan kejam wartawan, Jamal Khashoggi, termasuk pembantu kanan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Sekatan itu diisytiharkan selepas pendakwa raya Riyadh mengumumkan lima pegawainya mungkin berdepan hukuman mati.

“Pegawai Arab Saudi yang dikenakan sekatan, terbabit dalam pembunuhan kejam Jamal Khashoggi. Individu yang mensasarkan dan membunuh kejam wartawan yang menetap dan berkerja di AS itu perlu berdepan akibat daripada perbuatannya,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.

17 individu terbabit termasuk pembantu kanan putera mahkota, Saud Al-Qahtani dan Maher Mutreb serta konsul jeneral konsulat Istanbul ketika Khashoggi dibunuh, Mohammed Alotaibi.

Sekatan yang tertakluk di bawah Akta Akauntabiliti Hak Asasi Manusia Global Magnitsky AS itu, membekukan sebarang aset yang dimiliki oleh individu yang disenaraihitamkan di bawah bidang kuasa AS, dan melarang orang Amerika dan syarikat AS berurus niaga dengan mereka. - AFP