Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

18 November 2018

4:47:31 PTG
917132

Empat Penduduk Rohingya Cedera Ditembak

Empat penduduk Rohingya cedera ditembak pihak berkuasa Myanmar, hari ini selepas dua lelaki dipercayai ahli sindiket pemerdagangan manusia diberkas di sebuah kem penempatan di Rakhine.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Empat penduduk Rohingya cedera ditembak pihak berkuasa Myanmar, hari ini selepas dua lelaki dipercayai ahli sindiket pemerdagangan manusia diberkas di sebuah kem penempatan di Rakhine.

Kira-kira 20 anggota polis menyerbu kem Ah Nauk Ye terlerak kira-kira 15 kilometer di timur Sittwe untuk menangkap kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai memiliki sebuah bot untuk menyeludup keluar 105 penduduk Rohingya pada Jumaat lalu.

Bot yang turut membawa 25 kanak-kanak itu dalam perjalanan ke Malaysia apabila ia dipintas pihak berkuasa di selatan Yangon.

Menurut saksi, Maung Maung Aye, polis bertindak melepaskan tembakan selepas beberapa pelarian Rohingnya cuba melepaskan individu yang ditahan itu. - Reuters