Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

19 November 2018

5:32:46 PTG
917301

Pelan Penghantaran Pulang Pelarian Rohingya Ditunda Hingga 2019

Rancangan Bangladesh untuk menangani krisis pelarian Rohingya ditunda sehingga tahun hadapan ketika program penghantaran pulang dan penempatan etnik itu mungkin dikunjungi semula selepas pilihan raya umum hujung tahun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rancangan Bangladesh untuk menangani krisis pelarian Rohingya ditunda sehingga tahun hadapan ketika program penghantaran pulang dan penempatan etnik itu mungkin dikunjungi semula selepas pilihan raya umum hujung tahun ini.

Pesuruhjaya penghantaran pulang dan bantuan pelarian Bangladesh, Abul Kalam berkata, satu pelan tindakan baharu perlu dipersetujui berhubung penghantaran pulang Rohingya dengan mengambil kira tuntutan mereka.

Namun Abul menjelaskan, ia hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya mewakili kerajaan.

Penghantaran kumpulan pertama seramai 2,200 pelarian yang dijadualkan 15 November lalu dihentikan ekoran bantahan di kem pelarian Rohingya di sini. - REUTERS