Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

28 November 2018

6:16:35 PTG
918603

Penduduk Tunisia Adakan Bantahan Terhadap Putera Mohammed

Beratus-ratus penduduk negara ini mengadakan tunjuk perasaan terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman yang tiba di negara ini untuk lawatan semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beratus-ratus penduduk negara ini mengadakan tunjuk perasaan terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman yang tiba di negara ini untuk lawatan semalam.

Beji Caid Essebsi (kanan) bersalaman dengan Putera Mohammed di istana Presiden di Carthage, Tunis, Tunisia, kelmarin. - AFP

Ini merupakan bantahan pertama dilakukan oleh penduduk negara Teluk terhadap Putera Mohammed ekoran dakwaan pembabitannya dalam pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Bantahan sedemikian jarang berlaku terhadap beliau yang sebelum ini menerima sambutan meriah ketika berkunjung ke Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Semasa kunjungan itu, Putera Mohammed berkata, Arab Saudi mempunyai hubungan baik dengan Tunisia sejak lama dahulu.

"Saya tidak boleh ke Afrika Utara tanpa berkunjung ke Tunisia, Presiden Tunisia (Beji Caid Essebsi) seperti bapa saya," katanya. - Reuters