Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Khamis

6 Disember 2018

6:10:01 PTG
919607

Duterte Digesa Lakukan Ujian Dadah

Senator Filipina, Antonio Trillanes menggesa Rodrigo Duterte untuk melakukan ujian dadah selepas Presiden itu berjenaka tentang penggunaan ganja ketika berucap pada sidang kemuncak serantau di Singapura.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Filipina, Antonio Trillanes menggesa Rodrigo Duterte untuk melakukan ujian dadah selepas Presiden itu berjenaka tentang penggunaan ganja ketika berucap pada sidang kemuncak serantau di Singapura.

Gesaan tersebut dibuat Trillanes dalam kenyataan yang dibuat hari ini.

“Saya mencabar beliau untuk membuat ujian jika benar-benar mahu membuktikan dirinya bebas daripada penggunaan dadah,” katanya.

Duerte, yang secara lantang memerangi dadah mengaku sekadar bergurau apabila mengaitkan dirinya dengan pengambilan dadah jenis itu untuk kekal aktif.

Dalam pada itu, jurucakap kepada Duterte, Salvador Panelo dalam kenyataan balas berkata presiden itu tidak akan menyahut gesaan tersebut.

“Dia (Trillanes) yang sepatutnya menjalani ujian dadah,” ujarnya.- REUTERS