Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

6 Disember 2018

6:18:48 PTG
919608

Juruterbang Boeing Co 737 MAX Wajib Jalani Latihan Simulasi

Indonesia akan melaksanakan peraturan baru untuk latihan simulasi bagi juruterbang pesawat Boeing Co 737 MAX selepas tragedi Lion Air yang meragut 189 nyawa Oktober lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia akan melaksanakan peraturan baru untuk latihan simulasi bagi juruterbang pesawat Boeing Co 737 MAX selepas tragedi Lion Air yang meragut 189 nyawa Oktober lalu.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Polana Banguningsih Pramesti berkata, juruterbang pesawat sebelum ini menjalani latihan berkomputer selama tiga jam.

“Selepas ini, latihan menggunakan simulasi juga wajib dilalui semua juruterbang yang beralih dari versi lama pesawat 737,” katanya.

Pramesti bagaimanapun mengakui simulasi Boeing 737 MAX itu hanya terdapat di beberapa negara.

Pengarah Urusan Lion Air, Daniel Putut berkata, syarikat penerbangan itu dijangka memiliki simulasi pesawat 737 MAX miliknya sendiri tahun depan. - Reuters