Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

7 Disember 2018

6:12:55 PTG
919737

Lebih 800 Buah Rumah Rosak Akibat Puting Beliung Di Jawa Barat

Sebanyak 848 rumah rosak akibat puting beliung yang melanda Jawa Barat, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebanyak 848 rumah rosak akibat puting beliung yang melanda Jawa Barat, semalam.

Dalam kejadian itu, seorang penduduk dilaporkan terkorban sementara berpuluh tiang elektrik dan pokok tumbang.

Jurucakap polis Bogor, Fajar Hari Kuncoro berkata bencana alam itu melanda dua kawasan padat penduduk di daerah Bogor Selatan dan Bogor Timur.

“Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya ditimpa pokok tumbang di Kota Bogor.

“Mangsa dikenali sebagai Enny Reno, 45 dari Kelurahan Mulyaharja. Kecamatan Bogor Selatan,” katanya.

Difahamkan, kejadian puting beliung itu berlaku pada jam 3 petang (waktu tempatan) dan menyebabkan panik dalam kalangan penduduk tempatan. - Agensi