Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

8 Disember 2018

5:26:40 PTG
919859

70 Ditahan Di Belgium Tiru Bantahan Ves Kuning

Polis menangkap 70 orang hari ini di ibu negara Belgium kerana meniru bantahan ‘ves kuning’ yang menggegarkan negara jiran mereka, Perancis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis menangkap 70 orang hari ini di ibu negara Belgium kerana meniru bantahan ‘ves kuning’ yang menggegarkan negara jiran mereka, Perancis.

Kawasan yang menempatkan institusi Eropah termasuk pejabat Suruhanjaya Eropah dan Parlimen Eropah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Polis meletakkan halangan di situ dan kenderaan serta pejalan kaki tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Penunjuk perasaan berkumpul di dua daerah bandar raya itu, Arts Lois dan Porte de Namur, tetapi tiada kejadian keganasan.

“Ada kira-kira 70 tangkapan dibuat susulan pemeriksaan dilakukan sebagai langkah pencegahan,” kata jurucakap polis Brussels, Ilse Van De Keere.

Menurut agensi berita Belga, penunjuk perasaan muda menyekat lebuh raya menghubungkan Brussels dengan bandar Rekkem di Flanders, terletak berhampiran sempadan Perancis.

Mereka juga mendirikan halangan berhampiran sempadan Perancis-Belgium berdekatan Adinkerque, lapor Belga.

Pergerakan ‘ves kuning’ di Perancis pada awalnya bermula sebagai bantahan mengenai kenaikan bahan api tetapi merebak menjadi tunjuk perasaan besar-besaran menentang dasar Presiden Emmanuel Macron. — AFP