Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Press TV
Isnin

10 Disember 2018

5:20:18 PTG
920107

Dakwaan Campur Tangan Rusia Cuma Fitnah Semata-Mata: Kremlin

Kremlin mengatakan bahawa laporan yang menuduh Rusia terlibat di dalam protes ves kuning di Perancis merupakan sebuah 'fitnah' semata-mata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kremlin mengatakan bahawa laporan yang menuduh Rusia terlibat di dalam protes ves kuning di Perancis merupakan sebuah 'fitnah' semata-mata.

Jurucakap kerajaan Persekutuan Rusia, Dmitry Peskov menolak dakwaan itu pada hari Isnin selepas Kementerian Luar Perancis mendakwa bahawa mereka telah memulakan siasatan untuk melihat kemungkinan penglibatan Kremlin di dalam tunjuk perasaan "ves kuning" yang bermula sejak 11 November lepas.

"Rusia menilai perkembangan yang berlaku di Perancis sebagai sebuah urusan dalaman (mereka semata-mata)). Kami tidak melakukan campur tangan dan tidak bercadang untuk terlibat di dalam urusan dalaman mana-mana negara lain termasuk Perancis," Kata Peskov.

"Kami juga berpendapat bahawa peningkatan hubungan (diplomatik) dengan Perancis sebagai sesuatu yang penting. Kami menghormat kedaulatan Perancis. Kami juga berharap Perancis akan melakukan perkara yang sama berhubung perkara ini. Jadi saya ingatkan bahawa sebarang dakwaan berhubung campur tangan Rusia adalah sebuah fitnah semata-mata," tambahnya lagi.

Warga Perancis sudah berminggu-minggu memprotes polisi ekonomi Presiden Emmanuel Macron yang dilabel mereka sebagai "presiden kepada orang kaya." Kenaikan harga bahan bakar pula telah memberikan momentum yang besar kepada gerakan tersebut. -Press TV