Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

13 Disember 2018

6:02:41 PTG
920459

Anggota 'Ves Kuning' Mati Dilanggar Trak

Seorang anggota kumpulan pembantah ‘ves kuning’ meninggal dunia selepas dilanggar trak di selatan Perancis, kata pegawai pendakwa tempatan, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang anggota kumpulan pembantah ‘ves kuning’ meninggal dunia selepas dilanggar trak di selatan Perancis, kata pegawai pendakwa tempatan, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada waktu malam di kawasan bulatan dekat lalu keluar kenderaan di bandar Avignon.

“Pemandu trak terbabit sudah ditahan, mangsa berusia 23 tahun. Pemandu trak itu adalah warga Poland,” kata timbalan pendakwa Avignon, Caroline Armand, mengesahkan laporan yang disiarkan rangkaian televisyen Perancsi, LCI.

Kumpulan penunjuk perasaan ‘ves kuning’, terkenal kerana jaket terang yang mereka pakai, memulakan tunjuk perasaan pada 17 November lalu, membantah kenaikan cukai minyak.

Tunjuk perasaan itu merebak menjadi satu gerakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup, dan bertukar menjadi keganasan hujung minggu di Paris serta bandar lain.

Kematian itu adalah yang keenam membabitkan kumpulan terbabit ketika sekatan jalan di seluruh negara dan bantahan yang semuanya berlaku disebabkan kemalangan. - AFP