Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

14 Disember 2018

4:50:28 PTG
920592

Donald Trump Ulangi Pendirian Sokong MBS

Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengulangi pendiriannya akan terus menyokong Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih dikenali sebagai MBS biarpun terdapat banyak petunjuk mengaitkan putera itu dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengulangi pendiriannya akan terus menyokong Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih dikenali sebagai MBS biarpun terdapat banyak petunjuk mengaitkan putera itu dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

Al-Jazeera melaporkan, Trump enggan membuat sebarang kenyataan sama ada Mohammed terlibat atau tidak dalam insiden yang berlaku di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober lalu.

“Mohammed adalah pemimpin Arab Saudi. Mereka merupakan sekutu AS yang baik dan saya akan terus menyokong beliau,” kata Trump ketika ditemu bual di Oval Office, White House semalam.

Menurut Trump, Mohammed ‘sepenuh hati’ menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan Jamal yang merupakan wartawan Washington Post.

‘Sokongan’ Trump terhadap Mohammed turut me­nyaksikan Presiden itu dikritik oleh anggota parti Republikan dalam Dewan Senat, terutamanya selepas Ketua Pengarah Agensi Pusat Perisikan (CIA), Gina Haspel memberi penerangan kepada mereka mengenai siasatan pembunuhan Jamal.

Pada bulan lalu, CIA menyimpulkan Mohammed mengarahkan Jamal dibunuh dan Trump menyifatkan dakwaan tersebut tidak matang.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis juga menolak ke­simpulan yang dibuat oleh CIA dengan menyatakan adalah mustahil sekiranya Mohammed terlibat dalam pembunuhan itu.