Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Free Malaysia Today
Jumaat

14 Disember 2018

4:54:26 PTG
920594

Brexit Tidak Akan Dirunding Semula, Kata EU Kepada Britain

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis memberikan gambaran jelas kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May, bahawa rundingan berhubung perjanjian Brexit tidak akan dilakukan, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis memberikan gambaran jelas kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May, bahawa rundingan berhubung perjanjian Brexit tidak akan dilakukan, lapor agensi berita China Xinhua.

Para pemimpin Eropah kini berkumpul di Brussels seperti biasa bagi menghadiri sidang kemuncak 2 hari.

Mendahului agenda sidang kemuncak itu ialah isu Brexit, pelbagai belanjawan tahunan dan migrasi.

“Kesatuan (Eropah) menyokong perjanjian ini dan berhasrat meneruskan ratifikasinya. Ia tidak terbuka untuk rundingan semula,” kata Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, dalam satu sidang media pada lewat tengah malam susulan rundingan tertutup yang berlangsung secara maraton.

Berkongsi pandangan Tusk ialah Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, yang berkata: “Kami boleh menambah beberapa penjelasan kepada apa yang telah diterangkan oleh Donald, namun rundingan semula tidak akan berlaku.”

Sidang kemuncak itu dibuat sejurus selepas May terselamat dalam usul undi tidak percaya anggota Parlimen dalam kalangan Parti Konservatifnya sendiri, kebanyakan mereka melenting akibat tindakan beliau yang menunda undian berhubung isu Brexit di Parlimen.

Halangan utama kelulusan Parlimen berhubung isu itu ialah sempadan di Ireland, yang menjadi duri dalam daging rundingan Britain-EU mengenai bagaimana Britain akan meninggalkan blok serantau tersebut pada Mac tahun depan.

Badai yang melanda pihak di seberang Selat Inggeris berada di bawah pemerhatian EU.

Dalam satu langkah yang jelas bagi meredakan kebimbangan Parlimen Britain, pemimpin EU menggariskan bahawa “halangan itu bertindak sebagai satu polisi insurans bagi mencegah kewujudan sempadan di Ireland dan memastikan integriti pasaran tunggal.”