Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

15 Disember 2018

5:50:00 PTG
920722

Pemandu Maut Berkaitan Bantahan Ves Kuning

Seorang pemandu maut setelah melanggar sebuah trak yang telah bergerak perlahan berdekatan sempadan Perancis di Belgium berikutan sekatan penunjuk perasaan ves kuning semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemandu maut setelah melanggar sebuah trak yang telah bergerak perlahan berdekatan sempadan Perancis di Belgium berikutan sekatan penunjuk perasaan ves kuning semalam.

Menurut pegawai kerajaan tempatan di Utara Perancis, kematian tersebut menjadikan tujuh kematian dalam insiden berkaitan demonstrasi antikerajaan sejak 17 November lalu.

“Kebanyakan kematian melibatkan kemalangan pada sekatan atau halangan dibuat di bulatan dan jalan oleh penunjuk perasaan.

“Pada 1 Disember lalu, seorang wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan parah berikutan gas pemedih mata yang ditembak polis di Marseille,” katanya. - AFP