Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

16 Disember 2018

4:40:22 PTG
920858

Wanita Ditahan Polis Kerana Menyerang Perempuan Asia

Seorang wanita ditahan polis kerana bertindak menyerang dan mengucapkan kecaman berbaur perkauman kepada salah seorang penumpang di dalam kereta api bawah tanah, di sini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang wanita ditahan polis kerana bertindak menyerang dan mengucapkan kecaman berbaur perkauman kepada salah seorang penumpang di dalam kereta api bawah tanah, di New York, Amerika Syarikat.

Lapor CNN, menerusi sebuah video yang dirakam saksi, Anna Lushchinskaya, 40, dilihat menyerang seorang individu Asia berusia 24 tahun dengan menggunakan payung dan kunci serta menendang wanita tersebut berulang kali.

Lebih teruk lagi, Lushchinskaya dirakam melontarkan kata kesat serta meludah ke arah penumpang tersebut.

Namun tidak lama selepas itu, dia ditangkap dan ditahan pihak berkuasa di Stesen Jalan 36 kerana cuba mencederakan orang awam.