Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Selasa

18 Disember 2018

4:23:30 PTG
921152

Majlis Keselamatan PBB Gertak Kezaliman Myanmar

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menimbangkan tindakan untuk mendesak Myanmar bekerjasama menangani krisis pelarian Rohingya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menimbangkan tindakan untuk mendesak Myanmar bekerjasama menangani krisis pelarian Rohingya.

Resolusi draf itu bertujuan meletakkan garis masa di Myanmar membenarkan lebih 700,000 pelarian Rohingya di Bangladesh pulang ke kampung halaman mereka di negeri Rakhine.

Rohingya melarikan diri dari Rakhine sejak Ogos tahun lalu apabila berlakunya keganasan yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Britain dan negara lain sebagai pembersihan etnik.

Myanmar bagaimanapun menafikan segala dakwaan berkenaan.

Resolusi draf tersebut turut memberi amaran bahawa 15 anggota UNSC boleh mempertimbangkan langkah-langkah selanjutnya termasuk sekatan, jika tidak ada kemajuan yang cukup dilakukan oleh Myanmar.

Resolusi itu memerlukan sembilan undi yang memihak dan tiada veto oleh Rusia, China, AS, Britain atau Perancis untuk diluluskan. - REUTERS