Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Khamis

20 Disember 2018

4:10:32 PTG
921416

Remaja Syria Cedera Diserang Pelajar Kulit Putih

Seorang remaja perempuan berasal dari Syria dimasukkan ke hospital selepas cedera dipukul pelajar kulit putih di sekolahnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -  Seorang remaja perempuan berasal dari Syria dimasukkan ke hospital selepas cedera dipukul pelajar kulit putih di sekolahnya.

Mangsa berusia 14 tahun itu mengalami konkusi dan lebam teruk akibat dipukul ketika berada dalam tandas di Sekolah Tinggi Chartiers Valley, Bridgeville, Pennsylvania.

Menurut laporan Pittsburgh's Action News, penyerang menolak dan memukul kepala mangsa selepas ditegur kerana mahu menghisap vape dalam tandas berkenaan.

Susulan insiden terbabit, Council on American-Islamic Relations (CAIR) meminta siasatan bebas dijalankan selepas pihak berkuasa mendakwa tiada petunjuk serangan bermotif perkauman dan agama.

Mangsa tiba di Amerika Syarikat bersama keluarganya selepas dua tahun berada di kem pelarian. - Agensi/Dailymail