Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

24 Disember 2018

6:00:37 PTG
921998

Pentagon Tandatangani Arahan Eksekutif Untuk Tarik Keluar Tentera Dari Syria

Angkatan Tentera Amerika Syarikat (A.S) mengumumkan bahawa perintah untuk menarik keluar tentera negara itu dari bumi Syria telah ditandatangani.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan Tentera Amerika Syarikat (A.S) mengumumkan bahawa perintah untuk menarik keluar tentera negara itu dari bumi Syria telah ditandatangani.

Presiden Donald Trump secara tidak diduga pada hari Rabu mengumumkan bahawa A.S akan menarik keluar semua 2,000 anggota tentera negara tersebut keluar dari Syria. Dia juga mendakwa bahawa operasi tentera A.S di sana telah berjaya menggapai objektifnya dengan menewaskan kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang aktif di negara Arab itu.

"Arahan eksekutif berhubung Syria telah ditandatangani," kata jurucakap tentera A.S kepada AFP ketika ditanya mengenai perintah penarikan itu, tanpa mengulas lanjut.

Berita itu datang selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau telah bercakap dengan Trump melalui telefon pada hari Ahad dan "bersetuju untuk melaraskan koordinasi di antara para pegawai ketenteraan, diplomatik dan lain-lain cabang perkhidmatan kedua-dua buah negara. -PressTV