Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

25 Disember 2018

6:13:37 PTG
922159

Gunung Anak Krakatau Masih Keluarkan Asap

Gunung Anak Krakatau yang berkedudukan di Selat Sunda, di sini, masih mengeluarkan asap hitam dengan gumpulan tebal di atas puncaknya sepanjang semalam hingga hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gunung Anak Krakatau yang berkedudukan di Selat Sunda, di sini, masih mengeluarkan asap hitam dengan gumpulan tebal di atas puncaknya sepanjang semalam hingga hari ini.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, menyatakan asap yang dikeluarkan anak Gunung Krakatau itu setinggi 300-600 meter di atas permukaan kawah, demikian petik laporan berita Antara.

Jelas BMKG lagi susulan itu awan panas terhasil dan kini bergerak ke arah selatan.

"Suara dentuman terdengar di Pos Pengamatan Gunung Anak Krakatau (PGA)," kata BMKG

Susulan itu BMKG menasihatkan agar orang ramai menjauhi kawasan berkenaan.