Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

25 Disember 2018

6:27:33 PTG
922165

Arab Saudi Akan Bayar Pembinaan Semula Syria Bukan A.S: Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa Arab Saudi dan bukannya Amerika Syarikat yang akan menyediakan dana untuk membantu pembinaan semula Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa Arab Saudi dan bukannya Amerika Syarikat yang akan menyediakan dana untuk membantu pembinaan semula Syria.

"Arab Saudi kini bersetuju untuk membelanjakan wang yang diperlukan untuk membantu dalam proses pemebinaan semula Syria, bukannya Amerika Syarikat," kata Trump pada hari Isnin.

"Lihat! Bukankah bagus apabila negara yang kaya raya membantu dalam proses membina semula negara jiran mereka dan bukannya Negara Hebat, A.S yang terletak 5000 batu jauh daripada negara tersebut," katanya. "Terima kasih kepada Saudi A!", tambahnya.

Arab Saudi, Amerika Syarikat, Turki dan beberapa negara sekutu mereka terlibat di dalam konflik yang berlarutan selama 7 tahun di Syria dengan memberikan bantuan kepada pasukan militan yang berperanan aktif dalam melemahkan kedudukan pemerintah sah di Damsyik.

A.S juga sebelum ini mengumumkan penarikan semula 2000 orang tentera mereka yang kini beroperasi di negara Arab itu. Mereka menduduki sebahagian daripada bumi Syria tanpa mendapat mandat PBB mahupun kerajaan sah negara Arab tersebut.