Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

28 Disember 2018

4:15:11 PTG
922547

Trump Ancam Tutup Sempadan Selatan AS

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menutup sempadan selatan AS sekiranya Kongress tidak bersetuju untuk memberikan dana USD$5 bilion (RM20.8 bilion) untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menutup sempadan selatan AS sekiranya Kongress tidak bersetuju untuk memberikan dana USD$5 bilion (RM20.8 bilion) untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.

“Kita terpaksa menutup keseluruhan sempadan selatan sekiranya Demokrat tidak mahu memberi dana untuk pembinaan tembok dan mengubah undang-undang imigresen yang tidak masuk akal yang membebani negara,” katanya dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Sempadan AS-Mexico sepanjang 3,200 kilometer, merupakan antara laluan paling sibuk di dunia melibatkan pelbagai kegiatan termasuk perdagangan setiap hari yang mampu menjana hampir setengah trilion dolar. -REUTERS