Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

1 Januari 2019

6:51:14 PTG
923135

Tentera A.S Mohon Maaf Tweet Jenaka Gugur Bom

Tentera Amerika Syarikat (AS) memohon maaf berhubung jenaka mahu menggugurkan bom di Times Square, New York sempena sambutan Tahun Baharu 2019.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Amerika Syarikat (AS) memohon maaf berhubung jenaka mahu menggugurkan bom di Times Square, New York sempena sambutan Tahun Baharu 2019.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Twitter itu semalam, Pusat Strategik AS (Stratcom) berkata pihaknya sedia menggugurkan sesuatu yang lebih besar daripada bola kristal yang secara tradisinya digunakan pada sambutan itu.

Bagaimanapun Stratcom kemudiannya memadamkan status itu sebelum mengeluarkan permohonan maaf berhubung kenyataan awal yang dimuat naik. - Agensi