Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

4 Januari 2019

5:02:22 PTG
923521

A.S Tidak Ikhlas Berhubung Pengunduran Tentera Dari Syria: Penganalisis

Amerika Syarikat tidak berhasrat menarik tenteranya dari Syria, kata seorang ahli akademik sambil menambah bahawa langkah sedemikian akan menjadi pengiktirafan jelas Washington berhubung kegagalan strategi mereka di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat tidak berhasrat menarik tenteranya dari Syria, kata seorang ahli akademik sambil menambah bahawa langkah sedemikian akan menjadi pengiktirafan jelas Washington berhubung kegagalan strategi mereka di rantau Timur Tengah.

"Saya tidak pernah percaya keikhlasan beliau [Presiden Amerka Syarikat, Donald Trump] apabila beliau mengumumkan bahawa A.S akan menarik keluar tenteranya dari Syria. Sebenarnya saya melihat perkembangan ini sebagai salah satu petanda kepada aktiviti penempatan (semula tentera); sebagai langkah pertama ke arah meningkatkan ketegangan di Syria. Akan tetapi, beliau dalam masa yang sama mengelakkan tentera A.S daripada menjadi sasaran mudah di dalam sebarang operasi ketenteraan terhadap mereka sendiri," kata Jamal Wakim, profesor di Universiti Antarabangsa Lebanon yang memberitahu Press TV dalam sebuah temu bual pada hari Jumaat.

"Oleh itu, saya percaya bahawa pengunduran tentera adalah langkah pertama ke arah peningkatan operasi ketenteraan (di negara Arab itu) dan kita juga akan melihat peningkatan selanjutnya di seluruh rantau ini. Ini kerana, Amerika Syarikat tidak mungkin akan menarik diri dari Syria kerana tindakan tersebut akan menjadi pengiktirafan jelas berhubung kegagalannya strategi mereka di Timur Tengah dan kegagalan mengekalkan pengaruh mereka di rantau ini secara keseluruhan," katanya.

Trump sebelum ini mengumumkan keputusan beliau untuk menarik keluar tentera Amerika Syarikat dari bumi Syria dengan alasan bahawa kumpulan Daesh telah dilumpuhkan sepanjang keberadaan mereka di sana.

Pengumuman mengejut Trump itu mengejutkan ramai para pegawai dan sekutu Amerika Syarikat sendiri khususnya yang berada di rantau Timur Tengah.

Presiden Trump sebelum ini turut berkata bahawa Arab Saudi dan bukannya Amerika Syarikat yang akan menyediakan dana untuk membantu program pembinaan semula negara Arab Syria yang teruk dilanda konflik.

Arab Saudi, Amerika Syarikat, Turki dan beberapa negara sekutu mereka terlibat di dalam konflik yang berlarutan selama 7 tahun di Syria dengan memberikan bantuan kepada pasukan militan yang berperanan aktif dalam melemahkan kedudukan pemerintah sah di Damsyik. Turki dan Amerika Syarikat juga memiliki pasukan tentera mereka sendiri yang aktif di Syria.

Amerika Syarikat ketika ini menduduki sebahagian daripada bumi Syria tanpa mendapat mandat PBB mahupun kerajaan sah negara Arab tersebut.- Press TV