Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

4 Januari 2019

5:29:11 PTG
923534

Presiden Trump Tidak Endahkan Permintaan Israel Berhubung Syria

Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai Syria baru-baru telah mengejutkan para pegawai dan agensi perkhidmatan perisikan Israel, menurut laporan rejim tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai Syria baru-baru telah mengejutkan para pegawai dan agensi perkhidmatan perisikan Israel, menurut laporan rejim tersebut.

"Adalah malang bahawa beliau tidak memberi perhatian (serius) terhadap maklumat yang diberikan oleh perkhidmatan perisikan," kata seorang pegawai kanan Israel yang bercakap kepada laman web Israel, Ynet pada hari Khamis. Pegawai tersebut tidak dinamakan dalam laporan itu.

"Kami berada dalam keadaan kejutan." tambahnya yang ketika memberi komen berhubung respon Trump terhadap maklumat tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon atau tindak balas kepada kenyataan awal Presiden Donald Trump, yang ditafsirkan oleh beberapa saluran media Israel sebagai sebuah "perubahan polisi" Amerika Syarikat secara mendasar terhadap Syria dan konflik yang berlarutan di negara Arab itu.

"Iran sedang menolak keluar pelbagai pihak dari Syria. Secara jujur, mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahukan di sana," kata Presiden Trump sebelum ini -

Keputusan Presiden Trump untuk menarik keluar tenteranya dari Syria sama sekali berbeza dengan polisi asal beliau yang diumumkan beberapa ketika dahulu. - Press TV