Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

4 Januari 2019

5:53:39 PTG
923542

Tiada Tembok, Tiada Kesepakatan: Mike Pence

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence telah menyatakan sokongan penuh beliau terhadap Presiden Donald Trump berhubung penbiayaan program pembinaan tembok di sempadan Amerika Syarikat-Mexico sambil memberi amaran kepada ahli Kongres daripada Parti Demokrat bahawa "jika tiada tembok, maka tidak akan ada kesepakatan" untuk menghentikan penutupan separa kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence telah menyatakan sokongan penuh beliau terhadap Presiden Donald Trump berhubung penbiayaan program pembinaan tembok di sempadan Amerika Syarikat-Mexico sambil memberi amaran kepada ahli Kongres daripada Parti Demokrat bahawa "jika tiada tembok, maka tidak akan ada kesepakatan" untuk menghentikan penutupan separa kerajaan.

Di dalam sebuah temu bual dengan Fox News pada hari Khamis, Pence berkata bahawa White House tidak bercadang untuk menarik semula permintaan daripada Presiden Donald Trump behubung pembiayaan projek pembinaan tembok yang bernilai sebanyak USD 5 bilion sekalipun perkara itu akan menyebabkan penutupan separa kerajaan untuk sebuah jangka masa yang panjang.

"Presiden (kita) telah menjelaskan pendirian beliau: Tiada tembok, tiada kesepakatan," kata Pence. "Kami berada di sini untuk (bukan sekadar untuk) mencari kesepakatan. Akan tetapi (kami mencari) kesepakatan yang akan mendatangkan kesan positif dari aspek keselamatan di sempadan dan anda tidak mempunyai keselamatan sempadan tanpa tembok. Kami tidak akan berurusan tanpa tembok." tambahnya lagi.

Naib Presiden A.S juga berkata pentadbiran Trump "benar-benar fokus" untuk membina tembok sempadan dan meluluskan undang-undang yang akan menyediakan "sumber dan kelengkapan" yang perlu bagi pihak yang menguatkuasakan undang-undang imigresen di negara ini. - Press TV