Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

5 Januari 2019

4:45:30 PTG
923671

Kumpulan Penggodam Ancam Dedah Dokumen 9/11

Kumpulan penggodam bernama Dark Overlord mengancam auntuk membocorkan ribuan dokumen rahsia yang dikatakan akan membawa kesan negatif terhadap sebuah entiti yang dikenali sebagai negara dalam negara Amerika Syarikat (US Deep State).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan penggodam bernama Dark Overlord mengancam auntuk membocorkan ribuan dokumen rahsia yang dikatakan akan membawa kesan negatif terhadap sebuah entiti yang dikenali sebagai negara dalam negara Amerika Syarikat (US Deep State).

Terminologi tersebut merujuk kepada sekumpulan pekerja tetap negara tersebut yang berkhidmat di dalam agensi perisikan, keselamatan dan diplomatik Amerika Syarikat. Para pegawai tersebut dikatakan beroperasi secara bebas tanpa mengira faktor perubahan dalam pentadbiran zahir di negara itu.

Kumpulan penggodam tersebut sebelum ini telah mendedahkan kekunci penyahsulitan bagi 650 dokumen yang dikatakan terkait dengan serangan pengganas pada 11 September 2001.

Akan tetapi, jumlah itu merupakan sebahagian kecil sahaja daripada 18,000 dokumen rahsia berhubung 9/11 yang mungkin telah dicuri daripada firma insuran, guamang, dan agensi pemntadbiran, lapor RT di laman sesawang mereka pada hari Jumaat.

Para penggodam di Dark Overlord memanggil dokumen rahsia berhubung tragedu 11 September sebagai "Dokumen 9/11."

Serangan 11 September merupakan sebuah siri serangan yang dilancarkan di beberapa lokasi di Negara Amerika Syarikat. Serangan tersebut dilaporkan membunuh hampir 3,000 orang (kebanyakannya orang awam) serta menagkibatkan kerosakan harta benda dan infrastruktur yang dianggar bernilai sekitar USD 10 bilion.

Para pegawai Amerika Syarikat menegaskan bahawa serangan itu dilakukan oleh 19 orang anggota pengganas dari kumpulan al-Qaeda. Akan tetapi, sebahagian penganalisis telah melontarkan pelbagai persoalan yang menimbulkan keraguan terhadap pendedahan rasmi pihak kerajaan.

Mereka percaya bahawa terdapat banyak elemen yang bertindak bebas di dalam kerajaan Amerika Syarikat. Mereka juga mendakwa sebahagian daripada elemen itu seperti bekas Naib Presiden Dick Cheney; telah mengatur atau sekurang-kurangnya menyokong serangan 9/11 untuk mengukuhkan jentera perang A.S dan agenda Zionis Israel.

Kumpulan Dark Overlord pada hari Rabu lepas mengumumkan sebuah pelan yang dipanggil sebagai "pelan pembayaran bertingkat" di mana orang ramai boleh membuat pembayaran dalam bentuk matawang digital untuk membuka dokumen berkaitan dengan 9/11.

Berikutan pengumuman itu, Dark Overlord berkata bahawa orang ramai telah membayar sebanyak $ 12,000 kepada mereka dalam bentuk bitcoin setakat ini. Jumlah itu menurut mereka, mencukupi untuk membuka kunci "lapisan 1" dan mendapatkan pelepasan daripada beberapa "pusat (lapisan) pemeriksaan."

Akan tetapi, menurut kumpulan itu juga, masih terdapat empat lagi lapisan yang belum terbuka dan "setiap lapisan mengandungi lebih banyak rahsia serta bahan-bahan yang lebih sensitif ... dan pada umumnya lebih banyak kebenaran."

Berikutan pendedahan awal dokumen tersebut, Twitter telah menggantung akaun Dark Overlord. - Press TV